Monday, 21 November 2016

TASK 2

DATUK WIRA DR MAZNAH HAMID 


Datuk Wira Dr Maznah Hamid dilahirkan di Ayer Hitam, Alor Setar,Kedah pada 18 April 1955. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama insan yang bernama Haji Shaheen Mirza Habib pada tanggal 11 Mac 1979. Berkat perkahwinan mereka,beliau dan suami telah dikurniakan lima orang cahaya mata yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tiga orang perempuan. Begitulah serba sedikit latar belakang tentang wanita hebat kelahiran kedah ini.
Sekarang kita beralih kepada aspek pendidikan yang diterima oleh beliau. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan  Ayer Hitam,Alor Setar,Kedah. Kemudian meneruskan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Ayer Hitam,Alor Setar,Kedah. Setelah lulus dengan jayanya di peringkat sekolah menegah beliau meneruskan pengajian dalam bidang linguistik di Pusat Bahasa,CML. Beliau seorang yang mempunyai peribadi yang cemerlang di mana beliau sentiasa bergiat aktif dalam mendalami ilmu pengetahuan,kemahiran dan latihan praktikal sama ada di dalam negara mahupun di luar negara dalam bidang profesional atau praktikal. Antara sifat paling ketara dalam diri beliau adalah sikap “self taught” . kehidupan keluarga beliau yang serba kekurangan telah mengajar beliau untuk kuat dalam mengubah nasib diri dan keluarga beliau. Buktinya beliau telah berjaya dalam bidang yang diceburi oleh beliau hingga ke hari ini.
Berbicara tentang kejayaan beliau,tidak betah rasanya jikalau tidak menyentuh tentang kerjaya yang pernah diceburi oleh beliau. Beliau merupakan pengerusi eksekutif kumpulan SECURIFORCE,Ahli Lembaga Pengarah  Golden Hope Plantation Berhad,Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah dan banyak lagi. Beliau juga terlibat dalam bidang penulisan. Beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku motivasi antaranya adalah Motivasi Memburu Kejayaan(3K),Dialog Jejak Jutawan,Falsafah Kekayaan dan banyak lagi. Itulah antara kejayaan beliau yang mengaspirasikan ramai orang di luar sana.
Beliau juga telah menerima beberapa anugerah yang seperti Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim-Avon,Anugerah Usahawan Luar Biasa NWEA dan banyak lagi. Anugerah yang diterima oleh beliau membuktikan bahawa beliau seorang usahawan yang sangat hebat dan layan digelar “Iron Lady”. Bukan itu sahaja,beliau juga seorang usahawan yang  dermawan apabila terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan dan Anak Istimewa. Ini membuktikan bahawa kekayaan beliau tidak menjadikan beliau lupa diri malah membantu bagi orang yang memerlukan.

CIRI-CIRI DATUK WIRA DR MAZNAH HAMID
  

MENGAMBIL RISIKO
Sikap berani menanggung risiko dalam diri Datuk Wira Dr Maznah Hamid dapat dilihat dari awal tekad beliau untuk memulakan perniagaan yang bercirikan keselamatan dan berkaitan dengan pelbagai senjata yang berbahaya. Beliau bertekad untuk memasuki bidang yang didominasi kaum lelaki itu walaupun agak mustahil bagi kaum wanita. Namun, tekad beliau membuahkan hasil apabila beliau berjaya menubuhkan syarikat SECURIFORCE di mana beliau sebagai pengerusi eksekutif syarikat tersebut. Bukan itu sahaja,syarikat itu mampu menghasilkan van kalis peluru dan menyaingi 400 buah syarikat seumpamanya. Syarikat ini sekarang sedang mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Pada tahun 2004 sahaja syarikat ini telah mula ditempatkan di Bangkok,Singapura,China,Korea,Turki dan Jerman. Oleh itu, tidak mustahil syarikat ini akan berkembang pesat jika dilihat dari kesungguhan dan keberanian Datuk Wira Dr Maznah Hamid sendiri.

KERJA BERPASUKAN
Datuk Wira Dr Maznah Hamid seorang pengerusi syarikat yang sangat bagus dam mementingkan kualiti kerja. Oleh sebab itu,beliau selalu menggalakkan ahli syarikatnya untuk mengadakan perbincangan terlebih sebelum membuat sesuatu keputusan. Beliau mengamalkan perkara tersebut kerana beliau ingin memastikan kredibiliti SECURIFORCE sentiasa baik dan terjaga. Bukan itu sahaja, beliau juga yakin kerja berpasukan akan menggabungkan usaha,pengetahuan,kemahiran dan kebolehan semua pihak yang terlibat dan menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika kerja tersebut dilakukan secara bersendirian.

BERWAWASAN
Berwawasan ialah berpandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan  perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah  organisasi atau negara. Sebagai buktinya, kejayaan yang diraih oleh Datuk  Maznah kini adalah hasil kerja keras dan usahanya yang bersungguh-sungguh. Beliau yang pada mulanya berasal daripada keluarga yang sangat miskin tapi kini beliau telah menjadi seseorang yang berjaya dan dijadikan rol model yang terkenal di Malaysia. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan  syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan di seluruh negara  dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yang moden dan terkini. Beliau juga terlibat dalam aktiviti  pembangunan insan, beliau telah menubuhkan Maznah Motivational Centre (MMC) yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ‘persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ‘ZERO TO HERO’ dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan. Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.

PROAKTIF
Proaktif merupakan sikap bagi seseorang yang memiliki visi ke depan,  memandang masa depan dengan penuh optimisme. Kebiasaannya, seorang  usahawan yang proaktif selalu aktif dalam memikirkan apa yang dapat mereka  lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Sikap proaktif lebih  cenderung kepada tindakan yang positif. Datuk Wira Dr. Maznah Hamid mempunyai sikap proaktif yang jelas ditunjukkan dalam diri beliau sebagai seorang guru keusahawanan aktivis kemasyarakatan yang dikenali di seluruh peringkat masyarakat di dalam dan di luar negara. Beliau telah di undang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Di situlah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counselor' di mana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV serta di institusi - institusi pengajian tinggi. Hal ini menunjukkan Datuk Dr. Maznah mempunyai nilai-nilai proaktif dalam dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya. Selain daripada itu, Datuk Maznah juga  merupakan seorang wanita yang sangat aktif dalam persatuan dan  memegang beberapa jawatan. Antaranya ialah Vice President of the  Women World Entrepreneur Association (FCEM), Ahli Lembaga Pengarah  Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah dan Felo Adjung Sekolah Pembangunan  Sosial, Universiti Utara Malaysia.

JARINGAN
Dato Wira Dr. Maznah Hamid merupakan seorang usahawan yang sangat mementingkan jaringan perniagaan. Jaringan bermaksud semua hubungan yang wujud atau terbentuk dan dikekalkan oleh usahawan dengan orang yang berada di sekelilingnya untuk mendapat manfaat bersama. Prinsip yang beliau gunakan adalah “ Modal perniagaan sebenar adalah dirinya sendiri”. Hal ini dapat dibuktikan dengan cara beliau yang bergiat aktif dalam melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Beliau telah menubuhkan Logistic Securiforce (agen penghantaran darat, laut dan udara) yang meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Antara cawangan di bawah naungan beliau adalah di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Beliau juga mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Hong Kong, Korea dan Turkey. Beliau juga ada mendaftarkan beberapa pejabat di Filipina, Jerman dan United Kingdom. Beliau mempunyai kerjasama dengan beberapa rakan seperjuangan yang sangat hebat di Asia Timur,Eropah dan USA untuk membolehkan kita punya logistik securiforce dilaksanakan di beberapa buah negara. Semua orang berbangga dengan beliau kerana beliau tidak memerlukan bantuan daripada mana-mana untuk berjaya sehingga sekarang.


RUJUKAN
Buku
Maznah Hamid, (1955) - Motivasi memburu kejayaan, kebahagiaan, kekayaan / Datuk Maznah H
Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamed Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Nrita Drama, Norria Zakaria, Syhrina Abdullah,Rosli Mohd Saad & Azrain Mustapa (2007). Prinsip-Prinsip Asas Keusahawanan. Singapore:Thomson
Internet
Securiforce Sdn Bhd(2011, November 7).”Usahan-Securifore Sdn Bhd”(Blog Post). Diambil dari
Robiatuladawiah Abd Rashad (2013, Oktober 13).”’’Iron Lady’ Inspirasi Wanita”(Blog Post). Diambil dari
http://siswabisnes.blogspot.my/2009/09/jaringan-usahawan.html
Cherry Lim Lim (2015, November 9).”Entrepreneurship”:Dr. Maznah Hamid” (Blog Post). Diambil dari
 http://entrepreneurshipgroup5.blogspot.my/2015/11/blog-post_9.html
Norashikin (2015, November 14).”Ciri-Ciri Keushawanan”:Dr. Maznah Hamid” (Blog Post). Diambil dari
http://asaskeusahawanangroup6.blogspot.my/2015/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
Suziana Ayiena (2015, November 25).”Asas Keusahawanan”:Dr. Maznah Hamid” (Blog Post). Diambil dari  

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete